Bursa Malaysia Jatuh Lebih 20 Mata

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini dengan kebanyakan pelabur masih lagi mencerna kandungan Bajet 2022 yang dibentangkan pada Jumaat minggu lalu.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 24.97 mata kepada 1,537.34 daripada 1,562.31 semasa ditutup pada akhir hari urus niaga minggu lalu.

Indeks utama dibuka 16.32 mata lebih rendah pada 1,545.87.

Di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung 566 berbalas 55 sementara 199 kaunter tidak berubah, 1,454 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah 424.16 juta unit bernilai RM232.89 juta.

Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata FBM KLCI merosot dengan ketara di tengah-tengah aktiviti jualan yang berterusan sebelum pembentangan Bajet 2022 pada hari Jumaat.

Walaupun belanjawan kali ini dilihat sebagai belanjawan pengembangan, ia menambah cadangan pelaksanaan cukai keuntungan iaitu Cukai Makmur selain kenaikan kadar duti setem nota kontrak bagi dagangan saham tersenarai agak mengejutkan kerana ia mungkin mengimbangi inisiatif baik lain yang diumumkan, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat.

“Ini boleh menjuruskan kepada tindak balas mendadak tekanan jualan terhadap FBM KLCI dan pasaran yang lebih luas hari ini,” kata firma pembrokeran itu.

Dari segi komoditi pula, harga minyak mentah mentah (MSM) melantun melebihi paras RM5,000, manakala harga minyak mentah juga agak tinggi.

Bagi fokus sektor, Malacca Securities berkata berikutan kerancakan dalam sektor penjagaan kesihatan pada hari Jumaat, peniaga dijangka memberi tumpuan semula kepada sektor penerima Bajet 2022.

Sektor penerima termasuk kaunter berkaitan pengguna, automotif, telekomunikasi, teknologi, pelancongan dan kenderaan elektrik, tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM8.03, Public Bank turun 12 sen kepada RM4.05, Petronas Chemicals lemah 14 sen kepada RM8.55, IHH Healthcare lebih rendah lapan sen pada RM6.46, dan Tenaga lega tiga sen pada RM9.36.

Bagi saham aktif, AirAsia X turun dua sen kepada 7.5 sen, KNM Group susut satu sen kepada 19.5 sen, manakala MMAG, EA Holdings dan Tanco tidak berubah, masing-masing pada 10.5 sen, dua sen dan 26.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 174.19 mata kepada 11,384.81, Indeks FBMT 100 turun 167.02 mata kepada 11,022.07, FBM 70 lebih rendah 182.42 mata kepada 15,119.95, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 166.29 mata kepada 12,425.30 dan FBM ACE merosot 66.85 mata kepada 7,029.32.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.75 mata kepada 204.04, Indeks Perladangan lebih rendah 116.07 mata kepada 6,672.75 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 325.95 mata kepada 15,263.26.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat