To’ki lebih selesa, seronok dapat kembali menghasilkan lagu

- Advertisement -

 

Kuala Lumpur :Selepas berpindah dari pondok usang di Batu 12, Gombak ke pangsapuri yang lebih selesa di Taman Setapak Indah, di sini, Julai lalu, penyanyi To’ki, 53, kini bersedia untuk kembali aktif dalam bidang muzik.

To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur ketika dihubungi berkata, dia juga sudah memiliki studio sendiri di rumahnya itu bagi memudahkan dia menghasilkan lagu-lagu terbarunya.

“Studio itu saya bina sendiri dengan kemudahan yang ada termasuk menjadikannya kalis bunyi. Berbekalkan pengalaman ketika bekerja di studio rakaman, saya dapat buat studio sendiri dan sudah tiga bulan digunakan,” katanya.

To’ki berkata, sebagai komposer dia perlu ada studio sendiri.

“Selain buat lagu, kerja saya juga buat gubahan semula lagu. Dulu studio saya dirompak, jadi apabila saya kembali aktif dalam bidang ini saya fikir kena ada studio sendiri.

“Saya bina studio ini tanpa bantuan sesiapa dan saya gunakan wang sendiri. Walaupun tak canggih seperti studio masa kini, tapi masih boleh menjalankan kerja rakaman. Cukuplah untuk saya.

“Disebabkan saya membesar dalam studio rakaman, jadi saya tahu bagaimana kaedah nak menyediakan sesebuah studio rakaman. Lagipun, zaman sekarang semuanya guna perisian dan ia lebih mudah,” katanya.

To’ki berkata, dia juga bakal muncul dengan single terbaru bejudul To’ki Kembali tidak lama kembali yang akan dilancarkan di platform media sosial iaitu Facebook dan YouTube.

Menurut To’ki, punca pendapatan kini diperloleh daripada muzik.

Ditanya mengenai punca pendapatannya ketika ini, To’ki berkata, ia diperoleh daripada muzik dengan penghasilan runut bunyi untuk filem dan filem pendek.

“Persembahan pentas tak ada, tapi kerja rakaman seperti biasa dan saya bersyukur kerana ia lebih banyak. Saya juga menggunakan saluran media sosial saya seperti Facebok To’ki Official yang boleh mencecah tontonan sehingga 70,000 untuk saya menghebahkan perkara ini,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan dirinya ketika ini, To’ki berkata, dia seronok dapat kembali semula dalam bidang muzik.

“Alhamdulillah, saya sihat. Sejak dapat pindah rumah baru, saya kerja di studio saja. Saya kembali buat kerja-kerja komposer dan menulis lirik. Syukur alhamdulillah, semuanya okay,” katanya.

Sebelum ini tular mengenai keadaan To’ki dan isterinya, Sharifah Fairuz yang tinggal di pondok usang pinggir hutan di Batu 12, Gombak.

Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) kemudian tampil menghulurkan bantuan dengan menyediakan rumah pangsapuri tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah, di sini, Julai lalu.

PPZ-MAIWP turut menghulurkan beberapa bentuk bantuan seperti peralatan asas rumah, komputer riba dan kewangan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat