Kim Kardashian dapat hadiah hari jadi hologram mendiang bapa

- Advertisement -

HADIAH yang diberikan oleh penyanyi rap, Kanye West kepada isterinya, Kim Kardashian bersempena ulang tahun kelahiran ke-40 bintang realiti itu mengejutkan banyak pihak di media sosial.

Berbeza dengan hadiah lain yang pernah diterima Kim, West kali ini menghadiahkan hologram menyerupai mendiang bapa Kim, Robert Kardashian.

Di Instagramnya, Kim memuat naik video itu dan berkongsi rasa terima kasih kepada suaminya.

“Saya tak mampu nak gambarkan perasaan saya kerana ini adalah hadiah yang sangat bermakna buat saya, adik beradik saya, ibu serta rakan-rakan terdekat.

“Terima kasih Kanye untuk hadiah yang akan meninggalkan kenangan buat seumur hidup saya,” katanya.

 

HOLOGRAM mendiang Robert Kardashian. FOTO AGENSI
HOLOGRAM mendiang Robert Kardashian. FOTO AGENSI

 

Dalam video berdurasi 2 minit 26 saat itu, ‘Robert’ tampil dengan mengenakan sut berwarna pastel, mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada anaknya dan menitipkan beberapa mesej buat keluarga.

Di Instagram, video itu diulang tonton hampir 14 juta kali dan menerima hampir 60,000 komen daripada peminat dan rakan selebriti.

Robert yang juga peguam terkemuka meninggal dunia pada 2003 akibat kanser esofagus.

Teknologi hologram sebelum ini pernah digunakan untuk ‘menghidupkan’ beberapa selebriti antaranya, Tupac, Whitney Houston, Amy Winehouse dan ramai lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat