Ariff cipta lagu untuk Sarah Suhairi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Minat yang bersemi bukan hanya membabitkan bidang nyanyian, malah penyanyi Ariff Bahran kini berjinak-jinak dalam dunia penciptaan lagu.

Dalam diam, Ariff atau nama sebenarnya, Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari sudah menghasilkan tiga karya.

Dua single berjudul 3 Kucing dan Usah dihasilkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Mac lalu. Single 3 Kucing dihasilkan dan dinyanyikan bersama Yonniboii dan Adam E, manakala lagu Usah pula menyaksikan Ariff bergabung idea dengan Sufian Suhaimi.

Single ketiga yang masih dirahsiakan judul dicipta bersama Ibnu Rinkarnaen dan Abuqut untuk penyanyi yang pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengannya, Sarah Suhairi.

“Jika ada yang perasan entri terbaharu menerusi Instagram (IG), saya pernah menulis kapsyen, ‘mungkin ini juga balasan, di atas semua sambil lewaku’. Ia bukanlah dituju kepada sesiapa, tetapi lirik lagu nyanyian Sarah.

“Insya-Allah, single yang masih belum boleh didedahkan judulnya itu akan dilancarkan, tidak lama lagi,” katanya kepada BH Online

 

Ariff Bahran kini berjinak-jinak dalam dunia penciptaan lagu, hasil tiga karya. - Foto Ariff Bahran
Ariff Bahran kini berjinak-jinak dalam dunia penciptaan lagu, hasil tiga karya. – Foto Ariff Bahran

 

Membolosi tiga pencalonan kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Sarah Suhairi dan Lagu Paling Boom Popular, Ariff berkata, dia serius mahu menjadikan dunia penciptaan lagu sebagai sumber rezeki.

“Saya terbuka bekerjasama dengan mana-mana penyanyi. Jika ada yang berminat, semuanya boleh bawa bincang, jadi bolehlah berhubung dengan saya,” katanya.

Penyanyi yang mencipta nama menerusi single Kata Akhirmu itu berkata, dia tidak menolak untuk bekerjasama dengan Sarah lagi. Bagaimanapun, segala-galanya masih dalam perancangan pihak pengurusan, Rusa Music.

“Saya tiada masalah mahu berduet dengan Sarah lagi, biarpun sudah tiga kali bekerjasama dengan menerusi lagu Selamat Berhari Raya, Bicara Rasa dan Satu Di Hati.

“Apabila kerap berduet adalah yang mula anggap kami bercinta. Sejujurnya, kami sudah jadi rakan baik dan saling mengenal sebelum menyertai program Big Stage lagi. Kami kenal sebelum jadi artis dan sering menyanyi lagu saduran.

“Selama tiga tahun kami rapat sebagai teman seperjuangan. Tidak timbul apa-apa perasaan apapun antara kami,” katanya.

Mengulas harapan dalam pencalonan ABPBH 33, Ariff yang disokong kelab peminat, Bahranators berharap tuah menyebelahi diri.

“Bohonglah jika saya tiada rasa genggam trofi ABPBH 33. Berjaya membolosi tiga kategori, siapa tahu sangkut salah satu, insya-Allah.

“Saya akui sedang rancak melobi dan mempromosi undian menerusi media sosial. Dengan keadaan pandemik COVID-19, media sosial sahaja menjadi ruang terbaik untuk mengajak peminat mengundi.

“Nak mengadakan pertemuan dengan peminat pastinya agak terbatas. Dalam masa sama, Rusa Music turut mengundi artis naungannya yang bertanding dalam ABPBH 33,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat