Pawagam tutup, TGV pelbagaikan perniagaan secara ‘online’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Jenama rangkaian pawagam, TGV Cinemas mengambil langkah mempelbagaikan perniagaan mereka untuk mengisi tempoh penutupan pawagam di seuruh negara yang bermula hari ini.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran TGV, Mohit Bhargava berkata, TGV bakal melancarkan platform e-dagang mereka sendiri untuk mendekatkan pelanggan dengan produk-produk disediakan.

“Seperti pawagam-pawagam lain, TGV juga kini menjual cendermata, snek serta baucer filem menerusi platform e-dagang seperti Shopee dan gerai jualan di pusat beli belah.

“Dalam masa terdekat, kami juga akan lancarkan kedai online atau platform e-dagang kami sendiri untuk memudahkan pelanggan memberi produk-produk TGV secara dalam talian,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya lagi, TGV juga berharap agar krisis pandemik ini cepat selesai dan semuanya dapat kembali seperti sedia kala.

“Terima kasih diucapkan kepada pelanggan yang terus-menerus memberikan sokongan kepada kami dan pawagam seluruh negara.

“Pihak kami akan sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dan memastikan keselamatan pelanggan menjadi keutamaan. Sekali gus, pawagam dapat beroperasi seperti biasa selepas ini,” katanya.

Kelmarin, Persatuan Pempamer Filem Malaysia (MAFE) mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung arahan penutupan buat sementara waktu kesemua pawagam di seluruh negara bermula November.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat