972 Pesakit Covid Sembuh, 957 Jangkitan Baru Termasuk 644 Kes Di Sabah – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 957 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 32,505 kes dengan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan 10,036 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua jangkitan baharu ialah kes penularan tempatan.

Katanya, Sabah masih mencatatkan jumlah kes harian tertinggi, iaitu 644 kes atau 67.3 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Selain Sabah, beliau berkata, negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 230 kes atau 24 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sabah lapor 644 kes baharu. Saringan kontak rapat adalah sebanyak 401 kes manakala 97 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada. Baki 146 kes adalah lain-lain saringan COVID-19.

“Sabah dan Lembah Klang mencatatkan sebanyak 874 kes bersamaan 91.3 peratus daripada jumlah harian kes positif COVID-19.

“Ini berikutan lebih banyak pengesanan kes di negeri-negeri berkenaan, susulan aktiviti di lapangan yang giat dijalankan termasuk pengesanan kontak rapat dan saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Plaza Hentian, Kajang yang mencatatkan 91 kes baharu hari ini,” katanya, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 972 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 22,220 kes atau 68.4 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Selangor lapor 225 kes baharu, 156 daripadanya adalah daripada kluster-kluster sedia ada manakala 16 kes dikesan dalam kluster Usaha (baharu).

39 kes lain adalah saringan kontak rapat dan baki 14 adalah lain-lain saringan COVID-19. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat