MX Master 4 – Evolusi produktiviti digital dengan sentuhan haptik pertama dari Logitech

Dalam era di mana teknologi semakin menjadi penentu daya saing profesional, alat yang kita gunakan untuk bekerja memainkan peranan besar dalam menentukan kelajuan, ketepatan, dan keselesaan. Logitech, jenama yang sinonim dengan inovasi aksesori komputer, baru sahaja memperkenalkan MX Master 4  generasi baharu dari siri MX yang kini tampil dengan sesuatu yang belum pernah ada pada tetikus produktiviti sebelum ini: maklum balas haptik.

Tetikus pada asasnya hanyalah medium input, namun dengan MX Master 4, Logitech mengangkatnya ke tahap pengalaman deria. Dengan haptics yang boleh disesuaikan, pengguna kini bukan hanya melihat hasil di skrin tetapi turut merasakan interaksi mereka. Setiap tatalan, pilihan, atau navigasi hadir bersama getaran halus yang memberi tindak balas fizikal terhadap tindakan digital.

Bayangkan seorang editor video yang menatal garis masa dengan haptic feedback yang mengingatkan kedudukan tepat potongan klip, atau pereka grafik yang merasakan perbezaan saat memilih lapisan tertentu di Photoshop. Ia bukan lagi tentang kawalan, tetapi tentang imersi penuh dalam proses kerja.

Selain haptics, inovasi paling menonjol ialah Actions Ring  sebuah overlay digital yang diaktifkan melalui Logi Options+. Ia bertindak seolah-olah “menu konteks peribadi” yang sentiasa muncul di hujung jari.

Daripada menavigasi menu kompleks atau menghafal shortcut papan kekunci, pengguna boleh menetapkan arahan khusus mengikut aplikasi. Dalam Excel, satu klik boleh mengautomasi formula rumit; dalam Photoshop, ia boleh menukar alat tanpa gangguan rentak kerja. Menurut Logitech, ciri ini mampu mengurangkan pergerakan tetikus sehingga 63% – sesuatu yang bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan dalam penggunaan jangka panjang.

Produktiviti moden bukan lagi terbatas pada satu peranti. Profesional hari ini bergerak antara laptop pejabat, desktop di rumah, dan tablet untuk kerja mobiliti. MX Master 4 menyokong realiti ini dengan multi-device pairing serta chip prestasi tinggi yang menawarkan 2X kekuatan sambungan berbanding model terdahulu.

USB-C dongle baharu memastikan sambungan lebih stabil, sesuai untuk mereka yang tidak boleh bertoleransi dengan gangguan, contohnya pereka yang bekerja dengan fail besar atau jurutera perisian yang mengekod dalam persekitaran kritikal.

Menariknya, Logitech tidak hanya menekankan aspek teknologi. Sustainability kini menjadi teras reka bentuk MX Master 4. Dengan 48% plastik kitar semula, thumbwheel aluminium rendah karbon, serta bateri daripada kobalt kitar semula, Logitech menunjukkan bahawa inovasi boleh bergerak seiring dengan tanggungjawab alam sekitar.

Selain itu, bahan tahan noda dan kemasan yang mudah dijaga menjadikan tetikus ini bukan sahaja premium dari segi prestasi, tetapi juga praktikal untuk kegunaan harian yang lasak.

  • MagSpeed Scroll Wheel: Mampu menatal sehingga 1,000 baris sesaat.
  • 8,000 DPI Sensor: Ketepatan tinggi, berfungsi lancar di hampir semua permukaan termasuk kaca.
  • Quiet Clicks: Sentuhan taktil dengan bunyi 90% lebih senyap, sesuai untuk pejabat terbuka.
  • USB-C Quick Charging: Cas 1 minit memberi kuasa hingga 3 jam, cas penuh tahan sehingga 70 hari.

Dengan harga MYR 569, MX Master 4 bukanlah sekadar peranti input baharu. Ia adalah refleksi tentang bagaimana Logitech melihat masa depan kerja: produktif, imersif, berhubung tanpa gangguan, dan lestari.

Jika MX Master 3 menjadi standard emas untuk profesional beberapa tahun lalu, MX Master 4 berpotensi untuk menjadi ikon baharu – kali ini dengan dimensi sentuhan tambahan yang membawa produktiviti ke tahap yang lebih intuitif dan peribadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat