Tiada Kerajaan Perpaduan Johor selepas BN menang bergaya? – Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan mendakwa kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak akan membentuk Kerajaan Perpaduan di Johor.

Keyakinan Shahril itu berasaskan dakwaaan kononnya peratusan keluar pengundi Cina yang rendah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota akan dijadikan sebagai alasan kenapa kerajaan BN di Johor perlu diteruskan tanpa kemasukan komponen Kerajaan Perpaduan.

“Salah satu isu dalam konteks ketegangan ini walaupun menang ialah gesaan satu pihak di Johor perlu ada Kerajaan Perpaduan bukan hanya Kerajaan BN tetapi BN dan PH. Pada pandangan saya benda itu (Kerajaan Perpaduan) tak akan jadi.

“Mungkin ramai tak faham macam mana Umno ini beroperasi. Pada pandangan saya lah macam mana Umno operasi, ia adalah satu parti yang kena urus akar umbi dia, dan akar umbi Umno selama ini dia selepas 2018, 2022, walaupun berada dalam kerajaan tetapi dia masih dalam keadaan yang sedikit keliru apabila dengan kemenangan demi kemenangan ini maka motivasi, keyakinan akar umbi tu sudah mula naik.

“Ini satu gelombang yang saya faham kepimpinan Umno mereka tidak mahu lepaskan gelombang ini,” katanya dalam audio siar Keluar Sekejap pada Selasa.

Jelas Shahril lagi, jadi dalam bila keadaan gelombang tengah naik, motivasi akar dalam keadaan positif maka kepimpinan Umno-BN tidak akan merisikokan gelombang ini dengan cuba untuk memasukkan DAP ataupun PH dalam kerajaan ini.

“Dia (Umno-BN) akan gunakan peratusan keluar pengundi Cina yang rendah dalam PRK Mahkota sebagai alasan kenapa kerajaan BN di Johor perlu diteruskan tanpa kemasukan Kerajaan Perpaduan,” dakwa beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat