Mayat warganegara India yang hilang ketika mendaki Gunung Jasar telah ditemui

- Advertisement -

Penantian kira kira 6 hari ahli keluarga Nandna Suresh Nadkarni, seorang warga negara India yang dilaporkan sesat pada 24 September yang lalu sewaktu mendaki ke laluan Trail 10 Gunung Jasar, akhirnya menemui titik noktah.

Mayat beliau telah ditemui kira kira 6 kilometer dari laluan masuk utama ke Gunung Jasar atau lebih tepat lagi berhampiran Pos Atap, Gopeng, Perak. Ketika ditemui, mayat mendiang berada berhampiran sungai menuju ke Pos Atap.

Dalam sidang media sebentar tadi, Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman memberitahu, mangsa dipercayai menuruni gunung berkenaan namun tersesat jauh sehingga menuju ke lokasi terakhir mangsa ditemui.

Jelas beliau lagi, keadaan curam dan merbahaya banyak merencatkan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Mayat mangsa hanya dapat dibawa keluar sekitar jam 11.30 pagi tadi dengan menggunakan unit udara PDRM dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

Beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan buat pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Jabatan Hutan Cameron Highlands, Angkatan Pertahanan Awam, Angkatan Tentera Malaysia dan semua agensi agensi kerajaan yang terlibat dalam usaha pencarian ini.

Beliau turut menzahirkan pnghargaan buat pelbagai NGO yang turut terlibat dalam usaha pencarian ini seperti Radio, Communication and Recreation Club (RCRC), Pusat Pelindung Cameron Highlands, Malim Gunung Cameron Highlands dan beberapa NGO yang terlibat secar aktif melicinkan operasi mencari dan menyelamat.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat