Usah Terburu-buru, Rugikan UMNO – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan  Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyanggah pendapat bahawa UMNO diketepikan dalam pembentukan kerajaan negeri Sabah.

Menteri Wilayah Persekutuan itu tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menganggap keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai, tidak menguntungkan UMNO, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah.

“UMNO tidak di “sidelined” (diketepikan) malah mempunyai peranan sangat besar.

“Hampir semua Adun UMNO bakal memikul tugas sebagai menteri dan timbalan menteri Sabah.

“Beberapa percaturan yang salah mungkin telah menyebabkan terlepas beberapa kerusi,”ciap Annuar di Twitternya, hari ini.

Menurut Annuar, perkara yang dirisaukan Mohamad itu boleh diperbaiki.

“Ia boleh diperbaiki, sebarang tindakan terburu-buru akan merugikan UMNO,”tegasnya.

Terdahulu, Mohamad yang juga Adun Rantau memberitahu, sudah tiba masanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi pedoman dan hala tuju  agar tidak membiarkan episod PRN Sabah menjadikan kedudukan parti seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat