UMNO Sedang Post-mortem PRN Sabah, Bincang Hala Tuju Segera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Hala tuju UMNO akan dibincangkan dalam Biro Politik dan dibawa ke Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, hala tuju parti adalah soal penting dan ia memerlukan persetujuan bersama.

“Hala tuju parti selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dibincangkan dalam Biro Politik UMNO Malaysia dan akan dibawa ke Majlis Tertinggi UMNO. Ini soal penting.

“Tidak sesuai saya bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama. Ketika ini kita sedang melakukan post mortem menyeluruh,” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menegaskan, semua pimpinan parti boleh memberikan pandangan dalam mesyuarat itu.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa Ahmad Zahid untuk menentukan hala tuju agar tidak membiarkan episod Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadikan kedudukan parti seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’.

Mohamad menganggap keputusan PRN Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai, tidak menguntungkan UMNO, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat