ADUN Positif Covid-19, Kompleks Seri Negeri Melaka Ditutup

- Advertisement -

AYER KEROH – Pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kompleks Seri Negeri di sini, ditutup serta-merta pagi tadi selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan positif COVID-19.

Sumber memberitahu, ADUN yang pulang dari Sabah, minggu lalu itu, dikatakan mengunjungi kompleks berkenaan semalam, selepas tempoh kuarantin tiga hari ke atasnya tamat, dua hari lalu.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, Jabatan Kesihatan negeri terpaksa menjemput ADUN berkenaan di kediamannya selepas mendapati hasil ujian berkenaan positif, malam tadi.

“Semalam ADUN berkenaan mengunjungi Seri Negeri, termasuk minum di kafetaria kompleks berkenaan.

“Atas arahan pihak berkuasa, kompleks itu ditutup serta-merta dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dipanggil untuk melakukan sanitasi dan nyah kuman di keseluruhan komplek berkenaan,” katanya.

Sementara itu, JBPM negeri melakukan operasi nyah cemar di Kompleks Seri Negeri, pagi tadi.

Pengarah JBPM negeri, Abu Obaidat Mohamad, berkata proses nyah cemar itu dilakukan anggotanya selepas mendapat permintaan daripada pihak pengurusan kompleks pentadbiran negeri itu.

“Sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota dan pegawai kemudian ke Kompleks Seri Negeri bagi melakukan proses sanitasi.

“Ia sanitasi biasa atas permintaan kerajaan negeri memandangkan pihak kami mendapat permohonan yang perlu kami laksanakan,” katanya.

EXCO Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman, ketika dihubungi memberitahu yang sebarang kenyataan rasmi akan dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi sidang media Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, petang ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar sepasukan bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) menjalankan proses sanitasi di bahagian luar serta dalam bangunan Seri Negeri.

Sementara itu, difahamkan satu pekeliling sudah dikeluarkan supaya semua program anjuran kerajaan negeri serta aktiviti yang membabitkan pemimpin serta masyarakat ditangguhkan sementara sehingga diberitahu kelak. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat