Neelofa nafi bercinta dengan PU Riz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Neelofa, 31, menafikan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 25.

Sebelum ini, tanda tanya mula tercetus apabila kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor memuat naik foto Neelofa dan PU Riz berpakaian sedondon pada majlis perkahwinan adik Neelofa, baru-baru ini.

“Tiada apa-apa hubungan istimewa. Jika ada, saya akan beritahu dengan siapa saya berkawan,” jawab Neelofa ringkas berhubung spekulasi menjalinkan hubungan cinta dengan bekas peserta program realiti, Pencetus Ummah itu.

Neelofa berkata, dia tidak akan menyembunyikan siapa pilihan hatinya, sekali gus pastinya berkongsi hari bahagia sekiranya sudah tiba jodoh.

“Saya akan kongsi dengan siapa sahaja saya pilih dan akan berkahwin. Bagaimanapun, saya menafikan bercinta dengan PU Riz.

“Saya kenal PU Riz sejak tiga tahun. Kami sudah lama bekerjasama daripada program 99 Names, majlis buka puasa dan terawih di rumah hinggalah aktiviti berkaitan dengan Pertubuhan Kasih Neelofa. Bukan sahaja rapat dengan saya, malah PU Riz juga berkawan dengan kebanyakan ahli keluarga saya.

“Jadi, hubungan kami lebih daripada soal kerja kerana dia juga berkawan dengan ahli keluarga saya. Disebabkan itu, PU Riz dijemput hadir ke majlis perkahwinan adik saya.

“Pasangan pengantin, Aqief dan Aqief yang menjemput PU Riz, bukan saya. Jadi, tentulah anda semua melihat PU Riz pada majlis berkenaan bersama keluarga saya. Ini disebabkan hubungan baik ini,” katanya kepada BH Online.

 

PU Riz hadir berbaju sedondon bersama Neelofa dan ahli keluarganya pada majlis perkahwinan adik selebriti popular itu.
PU Riz hadir berbaju sedondon bersama Neelofa dan ahli keluarganya pada majlis perkahwinan adik selebriti popular itu.

 

Pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor ini menjawab persoalan media ketika ditemui pada majlis pelancaran butik baharu, Naelofar, di pusat beli belah One Utama, hari ini.

Sementara itu, Neelofa gembira berkongsi mengenai kejayaan perniagaannya yang kini genap enam tahun.

“Pembukaan butik ini adalah sempena ulang tahun ke enam Naelofar. Alhamdulillah, kami mula beroperasi di rumah teres dengan tiga pekerja sahaja, kini mempunyai lebih 50 pekerja.

“Jujurnya, banyak dugaan yang dilalui seperti mempunyai pekerja yang tidak amanah, orang yang mengambil kesempatan dan banyak lagi, tetapi ujian ini berjaya dilalui. Dengan setiap cabaran, kami dapat memperbaiki perniagaan hingga berdiri seperti hari ini,” katanya yang turut melancarkan koleksi baharu, Lalia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat