850 Ribu Rakyat Guna Penghargaan SARA, Lebih RM50 Juta Berbelanja Pada Hari Pertama

PUTRAJAYA, – Hari pertama pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia dewasa mendapat sambutan menggalakkan apabila sekitar 850,000 penerima berbelanja melebihi RM50 juta setakat jam 9.30 malam ini.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan, lonjakan mendadak transaksi itu menyebabkan sistem terminal pembayaran melalui rangkaian MyKasih mengalami penurunan prestasi di beberapa lokasi.

“Walaupun sistem beroperasi dengan lebih perlahan, semua transaksi masih diterima dan diproses. MoF bersama MyKasih sedang meningkatkan kapasiti sistem supaya pada 1 September 2025 rakyat dapat terus membuat pembelian dengan lancar,” jelas kenyataan itu.

Bagi memastikan kelancaran pada hari berikutnya, kerja penyelenggaraan sistem akan dijalankan malam ini. MoF turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna dan menegaskan pihaknya terus memantau pelaksanaan inisiatif tersebut.

Sehingga kini, purata transaksi bulanan SARA sebelum ini hanya sekitar 600,000 transaksi sehari, jauh lebih rendah berbanding jumlah yang direkodkan pada hari ini.

MoF turut mengingatkan bahawa kredit RM100 one-off bagi Penghargaan SARA ini sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat