Rosmah menangis di kandang tertuduh, akui diri mangsa keadaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suasana mahkamah bertukar hening apabila Datin Seri Rosmah Mansor, yang baru didapati bersalah atas tiga pertuduhan melibatkan projek solar di Sarawak, menitiskan air mata sambil memohon diringankan hukuman ke atasnya.

Tanpa sebarang teks, isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu mendakwa beliau merupakan mangsa keadaan dan tidak sepatutnya menanggung hukuman atas jenayah yang dilakukan orang lain.

Dari kandang tertuduh, Rosmah memberitahu mahkamah ada pihak lain yang masih bebas, sedangkan beliau langsung tidak mengetahui berhubung urus niaga dengan Jepak Holdings.

“Apa yang berlaku kepada saya boleh berlaku kepada anda, anak-anak anda, atau cucu anda di kemudian hari. Anda telah melakukan perkara ini kepada suami saya dan anda mahu keluarga saya menderita,” katanya lapor Astro Awani pada Khamis.

Rosmah turut mendakwa, beliau kini terpaksa menjadi ketua keluarga memandangkan Najib telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta baru-baru ini, berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Rosmah turut memberitahu, beliau tidak pernah walaupun satu sen duit dari projek solar hibrid tersebut.

Bahkan, jelas Rosmah, beliau bukan sahaja mengasaskan Yayasan Permata tetapi juga menerajui banyak badan bukan kebajikan lain sewaktu suaminya masih menjadi Perdana Menteri dengan dana yang dikumpul mencecah jutaan Ringgit.

“Tidak pernah sesekalipun saya berniat untuk menyeleweng dana-dana ini,” katanya lagi.

Selain itu Rosmah berkata, beliau tidak pernah sesekali mempengaruhi suaminya dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Ketika ini mahkamah sedang berehat seketika sebelum Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan hukuman dan penangguhan hukuman terhadap Rosmah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat