Rafizi janji akan dedah projek terowong Pulau Pinang esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan ‘membongkar’ projek terowong yang dikaitkan dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng esok.

Rafizi juga menyindir Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi yang dikatakan sengaja memberi ‘bola tanggung’ kepadanya.

“Esok saya jawab.

“Bagi lagi bola tanggung,” ciap Rafizi di Twitter pada Khamis.

Hari ini Puad dalam kenyataan di Facebooknya mencabar Rafizi segera membongkarkan penyelewengan projek terowong membabitkan Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Pun begitu, kata Puad yang juga Speaker DUN Johor dia yakin Rafizi tidak akan mendedahkan kes terowong berkenaan kerana mendakwa Guan Eng itu rakan kroni dalam Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Rafizi berkata sebelum ini Umno gagal menjawab semua pendedahan yang dibuatnya antaranya melibatkan kes 1MDB, SRC, Tabung Haji (TH), MARA, Felda, Bank Pembangunan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan juga Kapal Tempur Pesisir (LCS).

“Jadi sibuk ungkit kenapa saya tak bongkar pasal terowong Pulau Pinang,” kata Rafizi yang berjanji akan mendedahkan berkenaan terowong itu esok.

Untuk rekod, istilah ‘bola tanggung’ ialah bola yang mudah di ‘smash’ oleh lawan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat