Penampilan lebih mengagumkan

- Advertisement -

Samsung baru-baru ini melancarkan dua peranti baharu mereka daripada generasi teknologi baharu iaitu Galaxy Z Flip4 dan Fold4.

Ia sekali gus adalah generasi keempat daripada teknologi skrin boleh lipat malah untuk rekod Samsung adalah pengeluar pertama yang mencipta peranti seumpama itu.

Sejak generasi pertama lagi, penulis sememangnya kagum dengan keupayaan peranti skrin boleh lipat berkenaan khususnya selepas memasuki generasi keempat pada kali ini.

Pandang pertama untuk peranti Galaxy Z Flip4 ini sangat mengujakan apabila peranti berkenaan didatangkan dengan cip pemproses termaju daripada Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 yang memberi kuasa prestasi lebih baik daripada generasi terdahulu.

Menyentuh aspek binaan fizikal Galaxy Z Flip4 ini, penulis memilih warna ‘Pink Gold’ dan peranti ini mempunyai empat pilihan warna termasuk warna ‘champion’ adalah ‘Bora Purple’ bersama-sama dengan ‘Essential Graphite’ dan ‘Contemporary Blue’.

Untuk binaan peranti ini, ia didatangkan dengan binaan kaca di bahagian belakang daripada jenis ‘Gorilla Glass Victus+’ bersama kerangka aluminium serta menyokong simkad nano atau eSim.

 

PERANTI ini dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 iaitu cip termaju.
PERANTI ini dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 iaitu cip termaju.

 

Kerangka berkenaan juga adalah daripada jenis aluminium diperkukuhkan iaitu mampu bertahan ketika jatuh ataupun tahan sebarang kesan calar.

Sesuai dengan peranti kelas premium, Galaxy Z Flip4 ini dilengkapi dengan IPX8 iaitu ketahanan air sedalam 1.5 meter untuk tempoh 30 minit tanpa sebarang masalah.

Pujian harus diberikan kepada Samsung kerana mampu untuk mereka serta menghasilkan sebuah peranti kompak dalam kelas premium termasuk teknologi peneraju iaitu skrin boleh lipat berkenaan.

Skrin peranti ini berkeluasan 6.7 inci untuk bukaan penuh termasuk didatangkan dengan tetapan dua lensa kamera di bahagian belakang dengan sensor masing-masing berkapasiti 12 Megapiksel (MP) manakala lensa swafoto adalah 10MP.

Tatkala penulis memegang peranti ini ketika bukaan penuh, binaannya begitu kemas dan sesuai dengan kelas premium malah ketika dilipat, ia sangat selesa di dalam poket tanpa rasa terlalu tebal atau sebagainya.

Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana peranti ini sudah diuji dengan lebih 200,000 kali lipatan tanpa sebarang masalah.

Menerusi pandang pertama bagi peranti ini, penulis boleh katakan bahawa Samsung sudah menaik taraf beberapa aspek termasuk keupayaan skrin, binaan dan ketahanan boleh lipat bagi memastikan pengguna tidak menghadapi sebarang masalah berkenaan.

 

 IA menjadikan Samsung sebagai peneraju pengeluaran peranti skrin boleh lipat menerusi Galaxy Z Flip4.
IA menjadikan Samsung sebagai peneraju pengeluaran peranti skrin boleh lipat menerusi Galaxy Z Flip4.

 

Binaan fizikal juga adalah sangat premium dan kemas, padanan kaca di bahagian belakang memberikan nilai tambah tatkala pengguna memegangnya.

Proses lipatan atau ‘folding’ peranti ini juga tidak terlalu keras dan tidak juga terlalu mudah.

Peranti ini sangat sesuai untuk semua lapisan pengguna khususnya bagi individu yang gemar terhadap teknologi peneraju jadi, Galaxy Z Flip4 ini adalah jawapannya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat