Adi Putra pertimbangkan kerjasama dengan Studio Kembara

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon terkenal Datuk Adi Putra bakal mempertimbangkan semula sebarang bentuk kerjasama dengan syarikat penerbitan Studio Kembara.

Adi, 41, berkata, dia perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membuat keputusan menerima tawaran berlakon filem.

“Soal bekerjasama lagi, saya akan pertimbangkan sebab seperti yang mereka kenal saya, saya sangat cerewet dari segi pemilihan pengarah dan skrip. Itu harus saya pertimbangkan kalau nak bekerjasama lagi.

“Bagi saya juga, janji pengarah yang ada arah, skrip baik untuk memberikan lakonan bermutu. Sama juga bagaimana saya pilih Amrani dan satu kolaborasi kami adalah dari segi mutu dan keunggulan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Adi ditemui pada majlis pelancaran minyak aroma terapi Amrani dikeluarkan oleh syarikat Gramp’s Asia, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Adi berkata kolaborasi yang terjalin adalah kesempatan terbaik selepas namanya kembali menjadi sebutan ekoran kejayaan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan dua filem lain, Jerangkung Dalam Almari dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

“Allah sebaik-baik perancang. Memang nak lancar awal lagi, tapi satu demi satu, atas kapasiti individu saya tidak menjangka ada turutan ‘back to back’ dari sudut perfileman. Dari sudut Amrani, bukan nak jual selepas ada satu ‘banchmark’ apa yang saya ada sekarang.

“Jadi, saya boleh meyakinkan dan menjanjikan Allah itu sebaik perancang dan yang tertulis satu persatu. Saya rasa momen yang sangat sesuai kalau tak dimanfaatkan juga. Orang kata sambil menyelam minum air juga. Kalau menyelam tak minum air itu rugi,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,503FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat