Negaraku berkumandang, Jalur gemilang hiasi Burj Khalifa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kehangatan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 turut diraikan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Lagu Negaraku berkumamdang dan Jalur Gemilang menghiasi bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai.

Media sosial Burj Khlaifa juga mengucapkan selamat Hari Kebangsaan kepada Malaysia dan mendoakan rakyat Malaysia dilimpah kemakmuraan dan kebahagiaan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan ratusan rakyat Malaysia yang lain meninggalkan komen di Facebook Burj Khalifa dengan ucapan terima kasih Dubai.

Akaun Tiktok Istana Negara juga berkongsi momen Lagu Negaraku dimainkan dan Jalur Gemilang dihias indah di bangunan pencakar langit tersebut sekali gus menghargai penghormatan daripada UAE.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat