Hishammuddin Mulakan Tugas Di MINDEF

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein memulakan tugasnya di di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, hari ini.

Sebaik sahaja tiba di perkarangan Wisma Pertahanan beliau disambut dan menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang diketuai Mejar Abdul Hafizi bin Abdul Halim.

“Menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang diketuai Mejar Abdul Hafizi bin Abdul Halim di Kementerian Pertahanan Malaysia pagi ini – salute ATM!.” kata Hishammuddin.

Turut sama menyambut ketibaan Hishammuddin Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia Dato’ Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

Terdahulu, Hishammuddin yang dilantik Menteri Kanan Pertahanan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, pada Isnin.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat