Covid-19: Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia, 3 Hari Berturut-Turut Dengan Kes Kematian

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan satu lagi kematian berkaitan Covid-19 melibatkan Kluster Tawar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa merupakan seorang wanita berumur 80 tahun.

“Pesakit mempunyai latar belakang penyakit barah paru-paru dan darah tinggi,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, pesakit ke-9,174 itu dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Ogos lalu.

“Mangsa mula mengalami gejala demam dan sakit dada sejak 6 Ogos dan telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada 14 Ogos,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kesihatan pesakit berkenaan mula merosot dengan komplikasi penyakit barah dan memerlukan bantuan pernafasan sejak 24 Ogos.

“Pesakit disahkan meninggal dunia jam 10.38 pagi tadi,” katanya.

Menurutnya, kes itu menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 meningkat kepada 128 kes.

Semalam, KKM merekodkan satu kes kematian daripada Kluster Tawar – Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat