Bank Masih Untung, Najib Rayu Lanjut Moratorium

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bank-bank di Malaysia masih mengaut keuntungan walaupun setelah diarah melaksanakan Moratorium dan operasi yang terjejas akibat Covid-19, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi laman Facebooknya, Najib mendedahkan, “Minggu lepas, bank-bank utama Malaysia umum keuntungan bagi tempoh suku tahun kedua (April hingga Jun) tahun 2020.

“Maybank – RM942 juta (suku sama tahun lepas: RM1.94b)
CIMB – RM277 juta (RM1.51b)
RHB Bank – RM400 juta (RM615 juta)
Public Bank – RM1 bilion (RM1.33b)
Alliance Bank – RM104 juta (RM77 juta)
Hong Leong Bank – RM525 juta (RM469 juta)
Ambank – RM365 juta (RM391 juta)
Affin Bank RM67 juta (RM156 juta)
Bank Islam RM153 juta (RM195 juta)”.

Keuntungan ini jelas beliau, menunjukkan bank-bank di negara ini masih mampu bertahan di sebalik cabaran yang disebabkan oleh langkah berjaga-jaga yang diambil kerajaan untuk menangani wabak Covid-19.

Tambah beliau lagi, “Malah ada dua bank (Alliance dan Hong Leong Bank) umum keuntungan lebih tinggi”.

Justeru, Najib merayu kepada bank-bank ini supaya melanjutkan pemberian Moratorium selama 6 bulan lagi secara automatik, berikutan krisis Covid-19 masih belum berakhir dan akan menjadi lebih teruk sebelum kembali memulih.

Bagaimana beliau berkata, bagi peminjam yang telah pulih dari segi kewangan, mereka boleh terus membayar pinjaman masing-masing.

“Kena jujur dan jangan ambil kesempatan.

“Masa baik, kita jaga bank.

“Masa susah, bank jaga kita*, katanya di akhir hantaran berkenaan – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat