Ally, Hawa, Fedtri ‘tinggalkan’ Buletin FM

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyampai radio Buletin FM, Ally Iskandar dan Hawa Rizwana yang mengendalikan segmen Fokus Pagi mengundurkan diri daripada stesen radio itu berkuatkuasa hari ini.

Turut membuat keputusan sama ialah Ahmad Fedtri Yahya yang mengendalikan segmen Ilham Sanubari sejak penghujung Mei lalu.

Ketiadaan tiga penyampai itu menyaksikan pihak pengurusan membuat penstrukturan semula segmen dan barisan penyampai Buletin FM.

Ketua Rangkaian Kandungan Buletin FM, Digital & Audio, Shah Hayatudin berkata, penstrukturan semula segmen dan barisan penyampai Buletin FM bagi memastikan stesen itu akan terus kekal relevan dan bergerak seiring dengan peredaran masa serta terus mengukuhkan kedudukan sebagai radio berbahasa Melayu yang sentiasa menyampaikan input berita terkini secara profesional dan berintegriti.

“Buletin FM akan sentiasa bergerak ke hadapan dengan menyajikan pelbagai maklumat dan berita semasa mengikut keperluan rakyat serta corak keadaan semasa negara kita. Dengan perubahan barisan penyampai lama dan baru serta personaliti hebat ini, saya yakin mereka mampu menyampaikan maklumat yang lebih tepat dan padat kepada pendengar setiap hari.

“Pihak pengurusan Media Prima Audio (MPA) terutama Buletin FM merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ally, Hawa Rizwana dan Fedtri Yahya kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Buletin FM.

“Buletin FM juga berterima kasih atas usaha yang diberikan dan menyampaikan segala informasi serta berita kepada pendengar Buletin FM. Selain itu, pihak pengurusan MPA juga akan terus menyokong karier dan perancangan masa hadapan mereka bertiga di masa akan datang,” katanya.

Tempat Ally dan Hawa digantikan oleh Izwan Azir dan Muaz setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi, yang mana mereka berdua sebelum ini mengendalikan segmen Diskusi Harian yang ke udara pada setiap petang.

Buletin FM juga menampilkan perubahan bagi segmen Santai Siang yang dahulunya dikendalikan oleh Haiza, kini menampilkan pembaca berita TV3, Marsila Hassan bermula jam 10 pagi higga 3 petang.

Sementara segmen Bicara Petang menggandingkan penyampai sedia ada iaitu Haiza dan Hanif Miswan bermula jam 3 petang hingga 7 malam. Hanif juga penyampai bagi segmen Spectator Sukan di Buletin FM.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat