Pemuda UMNO Kota Raja bantu warga emas yang kibar bendera putih

- Advertisement -

KLANG – Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja mengambil tindakan segera bagi membantu dua warga emas yang telah mengibarkan bendera putih di hadapan kediaman mereka sekitar Kampung Jawa, di sini, pada petang Rabu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kota Raja, Haji Mohd Zaffarollah Mohd Nordin berkata, selepas mendapat maklumat daripada orang ramai, dia bersama pasukannya segera turun padang bagi menziarahi dua warga emas terlibat sekitar jam 6.30 petang.

Ujar Mohd Zaffarollah, menerusi pertemuan itu, pihaknya telah menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas kepada warga emas yang memerlukan itu.

“Seorang warga emas yang kami temui didapati tinggal berseorangan manakala seorang lagi pula menetap bersama tiga isi rumah lain.

“Kedua-dua mereka ini yang merupakan jiran di lorong sama telah mengibarkan bendera putih apabila terputus bekalan makanan dan pihak kami segera tampil bagi memberikan sedikit sumbangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Zaffarollah berkata, Pemuda UMNO Kota Raja sememangnya menerima banyak permohonan sumbangan daripada pihak-pihak yang memerlukan menerusi Program Ziarah Orang-Orang Muda (Zoom) yang diusahakan mereka sejak Mac lalu.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Operasi & Food Bank Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Raja berkata, buat masa ini, pihaknya masih mempunyai baki sebanyak 1,000 bakul makanan untuk diedarkan buat pihak memerlukan di sekitar kawasan terlibat.

“Kami menerima banyak permohonan termasuk di luar Selangor, namun kita perlu tapis dan utamakan kawasan Kota Raja terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum ini, satu kempen mengajak orang ramai untuk mengibarkan bendera berwarna putih sekiranya memerlukan bantuan tular di pelbagai platform media sosial pada Isnin.

Kebanyakan medium Facebook, Instagram dan Twitter mendapati saranan mengibarkan bendera putih disyorkan kepada mereka yang menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongan terutama dalam berdepan cabaran pandemik Covid-19.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat