Jata Negara Simbol Kebangsaan Tidak Boleh Diubah Sewenang-Wenang – Dr Teo Kok Seong

Pemuda DAP Gesa Berpisah Dengan PKR Jika Anwar Enggan Minta Maaf

CYBERJAYA - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini membuat gesaan terbuka supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf kepada rakan sekutu dalam...

Doktor Maklumkan Saya Mungkin Mati Mengejut Dalam Sebulan Ini – Bob Lokman

KUALA LUMPUR - "Doktor maklumkan dalam tempoh sebulan ini, tak mustahil jika saya meninggal dunia secara mengejut,". Demikian kata pelakon, pelawak dan penulis lirik popular,...

Tiada Laporan Jangkitan Covid-19 Dari Sarung Tangan – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Tiada laporan diterima Kementarian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung jangkitan Covid-19 daripada sarung tangan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,...

Rugi RM9.95 Bilion Tahun 2019, Pemuda UMNO Desak Tubuh RCI Siasat TH, UJSB

KUALA LUMPUR – Pendedahan Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah mengenai kerugian bersih syarikat Urusharta Jemaah Sdn. Bhd. (UJSB) sebanyak RM9.95 bilion bagi...

Malaysia Terima 12.8 Juta Dos Vaksin Covid-19 Tahun Depan – PM

CYBERJAYA - Malaysia akan memperolehi sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19 pada tahun depan yang dijangka dapat menampung keperluan imunisasi untuk kira-kira 6.4 juta...

KUALA LUMPUR – Hukum sahaja tidak mencukupi dalam isu pengubahsuaian simbol kebangsaan sewenang-sewenangnya, termasuk dalam isu terbaharu, pengubahsuaian Jata Negara, tegas Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.

Beliau berkata, kes sama seperti ini terlalu kerap berlaku, umpama tiada iktibar langsung diambil daripada hukuman terhadap kes sama yang berlaku sebelum ini.

“Dahulu kita dapat lihat bagaimana bendera kita dikibarkan dengan rekabentuk lain dan lagu Negaraku dinyanyikan dalam bahasa selain bahasa rasmi, selepas itu siaran rasmi sebuah kementerian pula dikeluarkan dalam bahasa lain.

“Persoalannya di mana iktibar sehingga berlaku kes lain secara berterusan, yang memburukkan lagi keadaan, ia dilakukan kelompok sama, ini tidak baik, sangat-sangat tidak baik untuk perpaduan negara.

“Sesuatu perlu dilakukan di sini, mengapa ia berlaku berterusan dan frekuensinya kerap?” katanya ketika menjadi tetamu dalam talian di program BernamaTV: ‘Malaysia Petang Ini’ semalam.

Sebelum ini tular dalam media sosial, sebuah buku menggunakan visual mirip Jata Negara, memaparkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang.

Juga imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.

Penerbit buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ itu, Chong Ton Sin, dilapor berkata bahawa pihaknya tidak berniat untuk menghina Jata Negara serta ia berlaku secara tidak sengaja.

Teo berkata tidak salah sekiranya mana-mana pihak mahu meluahkan rasa kecewa namun jangan sewenang-wenangnya jadikan simbol kebangsaan sebagai mangsa.

“Rasa tidak puas hati, kecewa, harus bertepatan dan tidak harus bersifat sewenang-wenangnya. Setiap tulisan dalam buku itu, kritikannya begitu tajam, teguran begitu keras, saya kira ini sudah cukup, rasa tidak puas hati tidak boleh tertumpah kepada Jata Negara yang tidak berdosa.

“Sudah tiba waktunya kita perlu pandai mengawal emosi, mungkin kita dah pandai dari segi intelektual tapi tidak pandai dari segi emosi,” katanya.

Jelas beliau, Jata Negara dan simbol kebangsaan yang lain tidak boleh diusik atas apa sebab sekalipun.

“Ia sesuatu yang kudus, mesti dihormati dan diletak di persada setinggi mungkin sebab ia mewakili negara, pada lambangnya ada kedaulatan negara. Bagi saya tak boleh langsung diusik walaupun untuk tujuan kreativiti,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Ketua Armada Bersatu Pertahan Cadangan Supaya BNM Cetak Lebih Banyak Duit

PETALING JAYA - Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal menggesa pihak berkenaan tidak bingkas mengkritik saranannya agar Bank Negara Malaysia (BNM) ‘mencetak duit’ untuk...

Berita Berkaitan

Pemuda DAP Gesa Berpisah Dengan PKR Jika Anwar Enggan Minta Maaf

CYBERJAYA - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini membuat gesaan terbuka supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf kepada rakan sekutu dalam...

Doktor Maklumkan Saya Mungkin Mati Mengejut Dalam Sebulan Ini – Bob Lokman

KUALA LUMPUR - "Doktor maklumkan dalam tempoh sebulan ini, tak mustahil jika saya meninggal dunia secara mengejut,". Demikian kata pelakon, pelawak dan penulis lirik popular,...

Tiada Laporan Jangkitan Covid-19 Dari Sarung Tangan – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Tiada laporan diterima Kementarian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung jangkitan Covid-19 daripada sarung tangan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,...