DAP Cuba Tekan SPRM dan Majistret?

- Advertisement -

EDITORIAL

Usaha Parti Tindakan Demokartik (DAP) menyeru himpunan solidariti ke atas Jeffrey Chew yang sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus dianggap satu perbuatan mengganggu siasatan.

Jeffry yang juga merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng telah menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan tidak seharusnya bebas dari sebarang siasatan hanya kerana beliau ahli DAP atau orang kanan Lim Guan Eng.

Jeffry yang juga merupakan bekas timbalan bendahari DAP Pulau Pinang itu dilantik menjawat sebagai pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang oleh Anthony Loke sejurus selepas pilihanraya umum ke14 yang lalu.

Tindakan DAP mewujudkan himpunan dan kempen solidariti menunjukkan parti tersebut mengamalkan politik ‘double standard’ antara pemimpin DAP dan bukan DAP.

Tampak falsafah DAP ialah jika pemimpin parti lain disiasat SPRM maka telah ‘sah’ bersalah, manakala jika ahli parti mereka disiasat maka ia satu penganiayaan politik.

DAP tidak boleh selamanya bermain politik persepsi sebegini bagi meraih simpati. Rakyat telah melihat banyak tindakan membelakang keluhuran undang-undang berlaku semasa pentadbiran PH.

Kempen solidariti ini jelas bertujuan mengganggu siasatan dan memberi tekanan kepada pihak berkuasa agar mengabaikan siasatan. Tindakan sewajarnya harus dikenakan ke atas penganjur kempen ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat