Tawaran Sertai Kerajaan Perpaduan Lepas PRU15 Bukan Sekarang – Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas pelbagai pihak dalam Kerajaan Perpaduan menafikan ada membuat tawaran kepada PAS menyertai gabungan itu baru-baru ini, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan bahawa tawaran itu diterima selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Presiden PAS itu berkata pihaknya banyak menerima tawaran daripada Pakatan Harapan (PH) yang datang dan menghubunginya untuk membentuk kerajaan selepas PRU15, November lalu.

“(Tawaran sertai kerajaan dibuat) selepas pilihan raya. Yang terbaru tak adalah,” katanya selepas perasmian Program Persidangan Antarabangsa Negeri Terengganu 2023 di Dewan Taman Tamadun Islam hari ini. Yang turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Mengulas lanjut, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, selepas mengambil kira beberapa perkara, PAS membuat keputusan menolak tawaran itu selepas melihat gabungan yang mahu dibentuk agak lemah.

“Tawaran yang PAS terima ini hadir selepas PRU15 lalu dan beberapa pemimpin dari PH mengajak menyertai gabungan mereka membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Kita berasakan gabungan yang mahu dibuat ini tidak sesuai untuk masyarakat di negara ini yang majoriti adalah orang Islam dan sebab itu kita membuat keputusan menolaknya.

“Bagaimana mahu memimpin negara jika parti didominasi bukan Islam. Walaupun DAP tidak jadi menteri, tapi mereka di belakang menteri, …jika mereka tidak jadi EXCO, dia di belakang EXCO,” katanya lapor BH di Terengganu.

Abdul Hadi berkata, buat masa sekarang PAS akan terus memperkukuhkan gabungan bersama Perikatan Nasional dan menolak untuk bersama Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini, Abdul Hadi mendakwa ada beberapa ‘individu tertentu’ menghubungi mengajak berjumpa untuk menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan.

Hadi mendakwa, tawaran itu muncul kerana PH khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak PAS.

Bagaimanapun, Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menepis dakwaan kononnya ada tawaran kepada PAS menyertai Kerajaan Perpaduan dan meminta Abdul Hadi supaya tidak perasan kononnya ada orang menawarkannya demikian.

Selain Zahid, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menafikan bahawa dia atau mana-mana pimpinan kerajaan ada membuat tawaran seumpama itu.

Dalam perkembangan lain, Hadi berkata, Perikatan Nasional (PN) yakin rakyat akan terus memilih dan memberi kemenangan kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata walaupun negeri di bawah pentadbiran PAS iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah menghadapi sedikit masalah dari segi kewangan, ia masih ditadbir dengan baik.

PN melihat gelombang yang diberikan pada PRU15 lalu sekali lagi akan hadir pada PRN nanti.

“Kita percaya, gelombang yang ditunjukkan terutama golongan anak muda pada PRU15 lalu masih ada. Malah, saya berasakan rakyat akan terus memilih dan memberi mandat kepada PN pada PRN nanti,” katanya.

Enam negeri akan diadakan di enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Ada negeri yang akan membubarkan DUN mulai hujung bulan ini.

Tiga negeri membabitkan Terengganu, Kedah dan Kelantan kini ditadbir PN manakala Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor ditadbir Pakatan Harapan (PH).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat