Program tukar minyak hitam motosikal secara percuma di AKM Terengganu

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Program tukar minyak hitam motosikal secara percuma akan diadakan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Terengganu yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Negeri di Kuala Nerus bermula esok hingga Sabtu ini.

Unit Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam kenyataan memberitahu program itu akan diadakan pada 4 Jun (Sabtu) bermula 9 pagi hingga 2 petang di Litar Permotoran di Kuala Nerus.

Menurut kenyataan itu, program yang menyasarkan golongan belia itu dijangka melibatkan sebanyak 300 motosikal.

Antara program menarik lain pada hari yang sama (Sabtu) ialah demonstrasi keselamatan kebakaran dan persembahan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, demonstrasi mewarna batik, taklimat pembiayaan perniagaan untuk para usahawan dan uji bakat pentarama.

Bas percuma untuk ‘ambil dan hantar’ orang ramai yang berhasrat untuk ke AKM Terengganu akan disediakan di Masjid Sultan Muhammad di Bukit Besar, Masjid Kampung Tasik di Wakaf Dua, Pasar Manir, Masjid Al-Mustaqim Kampung Gemuroh dan Masjid Batu Rakit bermula 8.30 pagi hingga 6.30 petang.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat