Lawatan kerja PM ke AS, Jepun bawa pulang banyak pelaburan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Siri lawatan kerja Perdana Menteri ke Amerika Syarikat dan Jepun selain meningkatkan hubungan diplomatik, kerajaan juga berjaya membawa pulang pelaburan baru.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, hasil lawatan kerja beliau ke Amerika Syarikat, negara berjaya menarik FDI baharu bernilai RM16.52 bilion melalui Misi Perdagangan dan Pelaburan.

Manakala katanya, dalam lawatan ke Jepun baru-baru ini, Perdana Menteri Fumio Kishida telah bersetuju untuk meningkatkan tahap hubungan diplomatik yang akan memberikan manfaat besar kepada Keluarga Malaysia dan membawa pulang pelaburan baharu yang diluluskan bernilai RM8 bilion.

“Syarikat-syarikat multinasional Jepun seperti Mitsubishi Corporation, Mitsui & Co Ltd, Marubeni Corporation, Aeon Co Ltd dan Japan Petroleum Exploration Co Ltd telah menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia,” umum beliau dalam Konvensyen ke-48 Barisan Nasional (BN) di WTC Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri juga memaklumkan bagi mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan Peruntukan Pembangunan Asas Persekutuan dalam RMK-12.

“Bagi Keluarga Malaysia di Sabah dan Sarawak, usahlah bimbang, Kerajaan Keluarga Malaysia tidak akan meminggirkan sesiapa pun. Ini jaminan saya.

“Selain daripada peruntukan asas pembangunan, kerajaan juga telah merancang; projek pembinaan rumah baharu dan pembaikan rumah daif di bawah program bantuan rumah yang akan memberi manfaat kepada 26 ribu isi rumah miskin di Sabah dan Sarawak.

“Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di Sabah dan Sarawak melibatkan 20 lokaliti di bawah fasa pertama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat