BN harus capai budaya kerja kelas pertama untuk menang PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan tiga gerak kerja utama Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Kata Ismail Sabri tiga gerak kerja itu wajar dilaksanakan bersama iaitu BN hari ini harus sentiasa berusaha untuk mencapai budaya kerja kelas pertama.

Menurut beliau, kerja kelas pertama ini ditafsirkan sebagai berpasukan, berdisiplin dan kesetiaan kepada parti.

“Pemimpin dan ahli BN yang setia bukanlah yang ada ketika senang sahaja, namun tetap setia walau dilambung badai setinggi mana pun.

“Yang berada dalam dewan ini, sudah teruji kesetiaannya. Seinci pun tidak berganjak dari parti walau berdepan dengan ugutan, tekanan, ancaman mahupun tawaran yang menggiurkan,” kata Perdana Menteri dalam ucapannya di Konvensyen ke-48 BN di WTC, Kuala Lumpur pada Rabu.

Elemen Kedua yang ditekankan Ismail Sabri ialah BN perlu memenangi hati rakyat.

“Saya, sebagai Perdana Menteri akan memastikan dasar-dasar yang menguntungkan rakyat.

“Selain itu, perkhidmatan yang terbaik harus diberikan kepada rakyat. Kerajaan sentiasa cakna, mengambil berat, mencari inisiatif terbaik dan segera menyelesaikan masalah setempat.

“Manakala elemen ketiga ialah merangka formula Strategi Kemenangan Pilihan  Raya Umum ke-15. Strategi ini perlu fokus kepada pemantapan jentera Pilihan Raya di antara parti komponen,” ujar Naib Presiden UMNO itu lagi.

Justeru katanya, bersempena Konvensyen BN, maka hari ini Ismail Sabri menyeru adalah penting untuk perbaharui ikrar parti.

“Ikrar kita kepada rakyat keseluruhannya; ikrar kita untuk menjadi yang terbaik.

“Dan juga ikrar kita untuk meneruskan kelangsungan perjuangan memartabatkan negara tercinta Malaysia.

“Marilah kita sematkan dalam jiwa, dengan ikrar dan tekad penuh jitu, untuk memperkukuh kerjasama antara parti komponen. Kita juga perlu jauhi anasir-anasir luar yang sentiasa menanam bibit perpecahan sesama kita,” saran Perdana Menteri.

Sesungguhnya, ikrar kita pada hari ini adalah untuk memenangi PRU-15 dengan majoriti 2/3 kerusi di Dewan Rakyat bagi membolehkan kita meneruskan agenda membantu rakyat dan memakmurkan negara, kata beliau.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga menegaskan Kerajaan BN yang kuat akan mewujudkan kestabilan politik di dalam negara, dan sekali gus menyumbang kepada kemakmuran ekonomi rantau ASEAN.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat