Gordon Ramsay masak rendang

- Advertisement -

CEF selebriti Britain, Gordon Ramsay yang mengunjungi Sumatera Barat, Indonesia pada Januari lalu untuk program National Geographic – Sumatera Barat berpeluang belajar cara-cara memasak rendang.

Ramsay berkunjung ke sana untuk menjalani penggambaran program TV, Gordon Ramsay: Uncharted untuk National Geographic yang akan ditayangkan bulan ini.

Pakar kulinari Indonesia, William Wangso selaku mentor Ramsay ketika kunjungan itu berkata, cef berkenaan datang ke Sumatera Barat memang untuk mempelajari budaya dan makanan popular terutama rendang.

“Aktiviti penggambaran program Ramsay itu kita lakukan sekitar Januari lalu ketika Covid-19 sudah mula menular. Namun, situasinya masih belum parah seperti pada masa ini.

“Sepanjang penggambaran tidak ada yang memakai topeng kerana keadaan masih biasa. Apatah lagi, Ramsay juga terbabit dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan.

“Ia bermula dengan upacara tradisional di Istana Pagaruyung, merasai keenakan durian, pembuatan tembikar, belajar menulis jawi sehingga pada latihan memasak rendang untuk dipersembahkan pada Gabenor Sumatera Barat,” katanya.

Menurut William, dia yang memberikan beberapa cabaran itu kepada Ramsay termasuk belajar memasak rendang untuk hidangan disediakannya diadili oleh gabenor.

Menurutnya, Ramsay juga berkesempatan belajar memasak dadih iaitu yogurt gaya Sumatera Barat yang diperbuat daripada susu kerbau.

Menurutnya, susu dimasukkan ke dalam buluh dan dibiarkan selama satu hari untuk proses penapaian.

Sumber myMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat