400 Anak Orang Asli Ke IPT

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN – Sekurang-kurangnya 400 anak orang asli di seluruh negara disasarkan memasuki universiti awam dan swasta, tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, masyarakat Orang Asli mempunyai potensi besar dalam mencapai kecemerlangan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, malah keberadaan mereka juga tidak boleh diremehkan.

Justeru, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menerapkan pelbagai program termasuk program pendidikan kepada anak-anak orang asli.

“Insya-Allah saya akan berbincang dengan Datuk Seri KSU (ketua setiausaha), anak -anak Orang Asli memasuki universiti KKDW menerusi JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) akan diberikan saguhati RM1,000 tiap tiap seorang yang masuk universiti,” katanya.

Tambahnya, beliau akan meneruskan bantuan fasiliti seperti bekalan air, elektrik dan infrastruktur kepada masyarakat orang asli.

Selain meneruskan bantuan membina rumah baharu dan menaik taraf rumah untuk keselesaan masyarakat itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Laman Sejahtera Jelai,Sungai Koyan,Lipis,Pahang.

Majlis anjuran Umno Pahang itu dihadiri kira-kira 10, 000 penduduk tempatan.

Beliau sebelum itu melakukan lawatan ke Pusat Tenun Pahang Diraja dan Transit Pesakit Orang Asli di RPS Betau,dekat Lipis.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat