Ziarah Ramadan YBR Sumbang RM1,000 Bagi Persiapan Aidilfitri Kepada Lima Keluarga

- Advertisement -

GOMBAK – Seramai lima keluarga di Pangsapuri Mutiara di sini dipilih menerima sumbangan barangan persediaan Aidilfitri dan wang tunai RM1,000 daripada Yayasan Bank Rakyat menerusi program Ziarah Ramadan pada Jumaat lalu.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, program itu membuktikan keprihatinan pihak yayasan terhadap golongan yang memerlukan di samping mengajak masyarakat bersama membantu mengikut kemampuan masing-masing.

“Sempena Ramadan yang penuh keberkatan ini kita menyampaikan sumbangan, walaupun sederhana tetapi dengan harapan mampu mengurangkan beban penerima menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Program seperti ini sudah menjadi acara sepanjang tahun dan bukan hanya tertumpu ketika Ramadan dan Syawal sahaja,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Penerima terpilih terdiri daripada golongan kurang bernasib baik iaitu asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan warga emas.

-SINAR HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat