Pendedahan Campur Tangan Menteri Dalam Pengurusan PDRM Memalukan Negara – Aziz Kaprawi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd Hamid Bador kelmarin berkaitan campur tangan dalam pengurusan Polis oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri sangat memalukan negara kata bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Aziz Kaprawi.

Menurut Aziz, apa yang didedahkah sangat memalukan seluruh rakyat Malaysia dan negara.

Aziz mengulas kenyataan sidang media Hamid Bador yang membangkitkan persoalan mengenai Integriti Intitusi Penguatkuasaan Negara, pada Jumaat.

“Pendedahan yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memalukan seluruh rakyat Malaysia dan negara.

” Individu nombor satu dalam PDRM telah mendakwa secara terbuka bahawa terdapat salah laku rasuah di kalangan pemimpin PPBM untuk mendapatkan sokongan demi mengekalkan kuasa.

” Lebih memalukan apabila Abdul Hamid turut menempelak Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin mengenai campur tangan politik dalam mengatur pelantikan pegawai kanan PDRM,” kata Aziz dalam catatan Facebooknya.

Jelas beliau lagi, pendedahan ini juga telah mengukuhkan persepsi sebahagian besar rakyat Malaysia bahawa terdapat campur tangan politik terutamanya oleh PPBM di dalam institusi penguatkuasaan di negara kita.

Sekiranya insitusi penguatkuasaan seperti PDRM dipergunakan untuk kepentingan politik, saya percaya bahawa institusi lain juga turut mengalami situasi yang sama, ujarnya.

“Dakwaan terdapat sogokan dalam bentuk wang ringgit serta jawatan tinggi seolah-olah dipandang sepi oleh pihak SPRM dan tiada sebarang siasatan susulan yang diumumkan.

” Ini turut mengundang persoalan terhadap keabsahan kes mahkamah dan tuntutan cukai yang dikenakan terhadap pemimpin parti politik yang tidak sehaluan dengan parti pemerintah, katanya lagi.

Tegas beliau, sekiranya dakwaan Ketua Polis Negara ini tidak disiasat dengan segera, maka terbuktilah bahawa institusi penguatkuasaan seperti PDRM, SPRM, LHDN dan lain-lain merupakan alat politik peribadi PPBM.

Aziz dalam catatannya juga mencadangkan memohon agar YDP Agong untuk memperkenan satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 untuk menyiasat perjalanan atau pengurusan institusi ini bebas daripada sebarang campur tangan politik.

“Siasatan ini amat penting bagi memastikan integriti institusi ini harus sentiasa terjaga serta mengembalikan keyakinan awam,” tegas Aziz. – SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat