Pendedahan KPN: Kini Integriti SPRM Terletak Pada Siasatan MP Lompat – Razlan Rafii

- Advertisement -

CYBERJAYA – Integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini terletak pada kesediaan suruhanjaya itu untuk melakukan siasatan ke atas Ahli Parlimen (MP) yang melompat parti susulan dakwaan wujud rasuah politik seperti didedahkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri ABdul Hamid Bador.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Razlan Rafii berkata, kenyataan Hamid itu jelas membayangkan kewujudan jenayah rasuah yang mendorong MP bertindak melompat parti.

“Apabila mendengar sendiri apa yang dibangkitkan oleh Tan Sri Hamid Bador, ianya adalah satu jenayah jelas kewujudan rasuah di dalam proses lompat parti untuk beralih sokongan kepada Kerajaan PN hari ini.

“SPRM tidak boleh bertindak ibarat menutup sebelah mata melihat jenayah ini berlalu begitu sahaja.

“Melihat dari mata seorang IGP (KPN) di mana wujud Jenayah Merasuah Ahli Parlimen, bukan itu sahaja, IGP mengatakan wujud ugut mengugut bagi memastikan Ahli Parlimen sebagai sasaran demi mendapatkan undi kepada PPBM, ini merupakan jenayah yang paling jijik dalam menggunakan instrumen kerajaan demi kuasa.

“Saya masih ingat, Kes Anwar Ibrahim sekitar tahun 90an, beliau disabitkan kesalahan hanya kerana menyalah guna kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipenjarakan 6 tahun, kali ini kesalahan “salah guna kuasa” ini lebih jijik dan terbuka apabila ramai Ahli Parlimen di ugut untuk menyokong PN,” katanya, menerusi kenyataan media hari ini.

Justeru itu, beliau mendesak SPRM kembali kepada Suruhanjaya yang bebas dan berani serta tidak tunduk kepada mana-mana pihak dalam menyiasat pendedahan tersebut.

“Perlu berani dan telus dalam menyiasat tuduhan ini. Jangan takut dalam menjalankan amanah yang diberikan.

“Ahli Parlimen yang di ugut pula, jangan jadikan diri anda sebagai bahan ketawa oleh rakyat kerana melompat demi habuan dan ugutan, beranikan diri anda untuk membongkar kezaliman ini.

“Siasatan mesti dijalankan, mustahil seorang IGP membangkitkan isu ini tanpa ada asas. Sudah pasti ianya berasas,” ujarnya lagi.

Semalam, Abdul Hamid menggesa SPRM tampil melakukan siasatan berhubung dakwaan wujud aktiviti rasuah yang menurutnya sedang berlaku secara berleluasa di kalangan ahli politik demi meraih sokongan.

“Saya memerangi rasuah dalam pasukan polis. Tetapi dalam politik, rasuah berlaku di mana-mana.

“(Pemimpin) mabuk kuasa dan sedia membeli orang lain dan mengugut (yang enggan dibeli). Itu adalah rasuah,” kata Abdul Hamid, dalam sidang media khas di Bukit Aman, tiga hari sebelum beliau bersara sebagai KPN.

Beliau berharap rasuah politik dapat dikekang kerana kerana bimbang pasukan polis diperalatkan selain rakyat sendiri rsudah muak melihat ahli politik melompat.

“Rakyat sudah muak tengok sekejap ‘katak’ melompat sana, sekejap berbunyi sana, apa itu?

“Apa yang saya takut adalah (jika rasuah politik tidak dibendung)… polis akan digunakan untuk mencapai kepentingan (politik) mereka,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat