Pematuhan SOP Penjarakan Fizikal Kurang Memuaskan Di Bazar – Acryl Sani

KUALA LUMPUR: Pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti pemakaian pelitup muka dan mengimbas kod QR MySejahtera berada pada tahap hampir 100 peratus.

Namun, masyarakat masih sukar mematuhi dan mengamalkan penjarakan fizikal di kawasan sesak seperti Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri.

Justeru, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengingatkan masyarakat supaya mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jika gagal, katanya, PDRM akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi.

Jelasnya, setakat ini, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan 38 Unit Dron di seluruh negara dalam operasi pemantauan pematuhan SOP.

“Cabaran utama kita dalam melaksanakan pengoperasian Bazar Ramadan atau Aidilfitri ini adalah untuk mengawal penjarakan fizikal di antara para pengunjung.

“Ini adalah cabaran utama yang kita hadapi. Justeru di sini saya mengambil kesempatan orang ramai yang mengunjungi sama ada Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri untuk pastikan bahawa di setiap masa semasa di luar sana untuk berusaha menjaga jarak fizikal supaya sekurang-kurangnya dapat membantu mencegah penularan wabak COVID-19 ini,” katanya.

Beliau sebelum itu meninjau Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) melalui gajet Unit Dron PGU.

Jelasnya, jumlah pengunjung bazar Jalan TAR dijangka bertambah daripada 2,000 hingga 3,000 kepada 5,000 orang setiap hari.

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...