KPM Keluar Garis Panduan Pelajar Asrama Pulang Sempena Aidilfitri

- Advertisement -

CYBERJAYA – Semua pelajar yang tinggal di asrama sekolah dan kolej di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dibenarkan pulang menyambut  Hari Raya Aidilfitri secara berperingkat mulai 6 Mei 2021.

Menurut kenyataan media KPM, pelajar di asrama sekolah, Kolej Tingkatan Enam (KTE) dan Kolej Vokasional (KV) dibenarkan untuk mengikut kumpulan sekolah. Bagi sekolah dan kolej dalam kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) mereka dibenarkan pulang mulai 6 Mei 2021 (Khamis).

Manakala pelajar yang berada di sekolah dan kolej Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya), mereka boleh pulang mulai Jumaat, 7 Mei 2021.

KPM turut memaklumkan pelajar hanya dibenarkan pulang menggunakan bas yang disediakan oleh pihak sekolah atau dijemput oleh ibu bapa/penjaga.

Namun bagi pelajar Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, mereka dibenarkan pulang menggunakan menggunakan pengangkutan udara atau air.

Kementerian turut memberi kebenaran penggunaan kereta sendiri bagi pelajar Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional.

Sementara itu, bagi tujuan rentas negeri, pihak sekolah, KTE dan KV akan mengeluarkan surat pengesahan kepada ibu bapa/penjaga merentas negeri/zon. Namun kebenaran ini adalah untuk dua orang ibu bapa/penjaga sahaja dalam setiap kenderaan. (ed. – Ibu Bapa atau penjaga perlu membawa surat pengesahan ini bagi mendapat kebenaran rentas negeri dari pejabat polis berhampiran)

Bagaimanapun kebenaran pulang ini tidak diberikan kepada pelajar yang sedang dalam tempoh kuarantin. Mereka perlu kekal berada di asrama sehingga tamat tempoh kuarantin.

Pelajar yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga perlu kekal berada di asrama sehingga tamat tempoh PKPD.-SuaraTV

@GARIS PANDUAN PENGURUSAN MURID ASRAMA PULANG SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat