UAE Dakwa Tembak Jatuh 5 Peluru Berpandu, 35 Dron Iran Dalam Serangan Terbaharu

ABU DHABI: Kementerian Pertahanan United Arab Emirates memaklumkan sistem pertahanan udaranya berjaya memintas lima peluru berpandu balistik dan 35 dron yang dilancarkan dari Iran pada hari ini.

Menurut kenyataan rasmi, tindakan pantas sistem pertahanan udara berjaya menggagalkan serangan tersebut daripada mencapai sasaran, sekali gus mengurangkan risiko kerosakan dan korban.

Kementerian itu turut mendedahkan bahawa sejak konflik bermula, jumlah keseluruhan peluru berpandu Iran yang berjaya dipintas kini meningkat kepada 438, manakala jumlah dron yang berjaya ditembak jatuh mencecah 2,012 unit.

Serangan berterusan ini mencerminkan peningkatan ketegangan di rantau Asia Barat, dengan UAE kekal dalam keadaan berjaga-jaga tinggi bagi menghadapi sebarang ancaman lanjut.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa angkatan tentera negara itu akan terus bersiap siaga dan bertindak tegas dalam mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara daripada sebarang serangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat