Bulan madu tamat, kini rasuah musuh nombor satu negara – Agong ingatkan SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki untuk sedaya-upaya memerangi rasuah memandangkan tempoh bulan madu sudah tamat.

Ketika sesi menghadap Sultan Ibrahim menyerahkan madu kepada Azam sebagai simbolik berakhirnya tempoh bulan madu dan kini masanya perangi rasuah habis-habisan.

Di Facebook Sultan Ibrahim memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima mengadap Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Isnin.

“Seri Paduka Baginda sekali lagi menegaskan bahawa memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama di dalam pemerintahan Baginda.

“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, My honeymoon is over, now go catch the bees,” titah Seri Paduka Baginda sambil menyerahkan madu sebagai simbolik berakhirnya tempoh ‘bulan madu’, titah Sultan Ibrahim.

Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung selama hampir 30 minit, antara lain dipersembahkan mengenai perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu.

Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat