PAU 2020: UMNO Ikrar Pertahankan Muafakat Nasional, Kini Keadaan Berbeza

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kata sepakat yang dicapai dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 adalah Muafakat Nasional (MN) perlu dipertahan, diperkukuh dan diperkasa.

Agenda MN itu telah dilulus oleh PAU 2020 sebagai satu antara lima inti pati ketetapan UMNO,” kata Setiasaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurut beliau lima keputusan ini adalah formula UMNO demi kestabilan dan kesejahteraan bersama.

“Beriltizam mempertahan, memperkukuh dan memperkasakan MN berasaskan Piagam yang telah dimeterai pada 14 September 2019 yang lalu.

“Antara lain ialah menerima dan mempertahankan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 19 Februari 2021 yang membuat ketetapan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

“Menggunakan jenama Barisan Nasional (BN) pada PRU-15.

“Bersetuju dengan gesaan akar umbi dan kepimpinan agar PRU-15 diadakan segera bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil untuk menjamin kemakmuran negara kembali di landasan dan kehidupan rakyat disejahterakan,” katanya.

Akhir sekali, menurut beliau, menyokong ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dengan tegas mempertahankan asas dan tujuan parti dalam memartabatkan Islam, mengukuhkan kedudukan Melayu dan Bumiputera.

Begitu juga anak Sabah dan Orang Asli serta menyantuni pelbagai kaum sebagai paksi kestabilan negara selaras dengan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang di bawah Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat