Pada hujung minggu lalu, tular isu mengenai majlis perkahwinan Neelofa bersama jejaka pilihannya, PU Riz yang didakwa tidak mematahi SOP dan pasangan ini turut disahkan berada di Langkawi atas urusan kerja.
Akan tetapi, hasil siasatan netizen mendapati bahawa tiada pembukaan cawangan baharu Chatime seperti diumumkan pihak Chatime sekaligus membuatkan netizen berang dan persoalkan tindakan pihak syarikat tersebut untuk ‘backup’ Neelofa dan pasangan.
Lantaran itu, syarikat minuman Tealive telah memuatnaik beberapa ciapan di Twitter yang menimbulkan tanda tanya kepada netizen. Mana tidaknya, ciapan tersebut seolah-olah ‘troll’ syarikat pesaingnya, Chatime berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
Perkongsian-perkongsian daripada syarikat Tealive ini telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen turut bersama ‘troll’ dengan mengatakan mahu membuka cawangan Tealive di tempat mereka agar dapat merentas negeri.
Pastinya isu Neelofa dan pasangan ini sedikit sebanyak membuatkan orang ramai berasa marah dan kecewa. Mana tidaknya, ramai tidak dapat merentas negeri berjumpa keluarga tersayang tetapi hal begini terjadi membuatkan ramai berasa tidak puas hati. Apa pendapat anda akan isu ini?
The Vocket