PM Puas Hati Program Vaksinasi Di Sarawak – TKM Sarawak

KUCHING – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menguruskan Program Vaksinasi COVID-19, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Perdana Menteri sangat gembira melihat kemudahan vaksinasi kami dan bilangan vaksin yang dilakukan serta kelancaran program vaksinasi kami,” kata Uggah yang juga Pengerusi JPBN.

Beliau berkata semasa perbincangan jawatankuasa itu dengan Muhyiddin, yang dalam rangka kerja dua hari ke Sarawak, JPBN telah menunjukkan kepada perdana menteri kesediaannya untuk menjalankan program vaksinasi di seluruh negeri.

Menurut beliau, lebih 1.2 juta rakyat Sarawak atau 66.7 peratus daripada keseluruhan 2.8 juta penduduk negeri itu sudah mendaftar untuk suntikan vaksin tersebut.

“Kami merayu kepada beliau (perdana menteri) supaya Kuala Lumpur mempercepatkan bekalan vaksin ke Sarawak kerana rakyat Sarawak bersedia untuk menerima vaksin,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Muhyiddin melawat pusat vaksinasi itu di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini hari ini.

Turut mengiringi perdana menteri dalam lawatan itu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing.

“Kami juga telah menyampaikan kepada beliau (Muhyiddin) bahawa kami memerlukan bekalan vaksin dan berharap Kuala Lumpur (kerajaan Persekutuan) akan mempertimbang untuk mempercepatkan proses vaksinasi di zon merah Sarawak. Beliau bersetuju tetapi ia bergantung kepada bekalan vaksin dari luar negara,” kata Uggah.

Beliau berkata kerajaan Sarawak juga menjalankan inisiatif sendiri untuk membeli vaksin itu bagi mencukupkan bekalan dari Putrajaya dengan Dr Sim dan pasukannya kini meneruskan inisiatif itu dan telah berhubung dengan kontak mereka.

Beliau juga berkata kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf peranan yang dimainkan media sebagai petugas barisan hadapan dan kini berusaha untuk membolehkan petugas media diberi suntikan vaksin COVID-19 sama seperti petugas barisan hadapan yang lain. – Bernama

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Gagal Patuh SOP, Bazar Ramadan Di Balok Diarah Tutup Sementara

KUANTAN - Bazar Ramadan Balok, di sini menjadi bazar pertama di daerah ini yang diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang...