Jepun Pertimbang Naik Cukai Pelancong Antarabangsa, Pelancong Malaysia Bakal Terkesan.

- Advertisement -

TOKYO: Kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk menaikkan Cukai Pelancong Antarabangsa, yang kini dikenakan sebanyak 1,000 yen (RM31) bagi setiap individu yang meninggalkan negara itu. Langkah ini bertujuan untuk menangani masalah pelancongan berlebihan (overtourism) serta menambah baik infrastruktur pelancongan.

Menurut laporan, parti pemerintah Liberal Democratic Party (LDP) telah memulakan perbincangan mengenai jumlah kenaikan cukai dan cara penggunaannya.

Ketika ini, cukai berlepas di Jepun jauh lebih rendah berbanding negara lain seperti Mesir (3,750 yen) dan Australia (7,000 yen). Oleh itu, terdapat cadangan untuk menaikkan cukai Jepun kepada 3,000 yen (RM93) atau 5,000 yen (RM155) bagi setiap individu yang keluar dari negara itu.

Sebelum ini, hasil kutipan cukai ini hanya digunakan untuk memajukan sektor pelancongan, termasuk menarik lebih ramai pelancong dan membangunkan pusat peranginan. Namun, kerajaan Jepun kini bercadang memperluaskan penggunaannya kepada projek penambahbaikan pengangkutan awam dan lapangan terbang untuk mengatasi kesesakan pelancong.

Cukai ini mula diperkenalkan pada Januari 2019 dan secara automatik ditambah ke dalam harga tiket penerbangan dan kapal persiaran bagisesiapa yang meninggalkan Jepunn, termasuk rakyatnya sendiri.

Pada tahun kewangan 2023, kutipan cukai ini meningkat tiga kali ganda kepada 39.9 bilion yen (RM1.2 bilion) dan dijangka mencecah 49 bilion yen (RM1.5 bilion) pada 2025.

Menurut Japan Tourism Agency, Jepun menerima 36.87 juta pelawat asing pada 2024, sementara 13.01 juta rakyat Jepun keluar dari negara itu. Kerajaan Jepun menyasarkan 60 juta pelancong pada tahun 2030, sekaligus meningkatkan keperluan infrastruktur untuk menampung pertumbuhan pelancongan ini.

Bagi rakyat Malaysia yang kerap melancong ke Jepun, kenaikan cukai ini mungkin akan memberi kesan kepada bajet perjalanan mereka.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat