Suara Hati Dato’ Sri Olha Alfa menerusi ‘CINTA AGUNG’

- Advertisement -

engasas Produk Kecantikan Termasyhur Negara Hasilkan Single Terbaharu, Nukilan Bersama Pelakon Terkenal Zara Zya

KUALA LUMPUR, – Usahawan produk kecantikan termasyhur tanah air, Dato’ Sri Alha Alfa, bersama-sama pelakon terkenal, Zara Zya tampil romantis bersama dalam sebuah nukilan istimewa berbentuk lagu berjudul ‘CINTA AGUNG’ hasil ciptaan penyanyi-penulis lagu berbakat, Yuka Kharisma, Senna dan Daniesh Sufian telah pun berada dipasaran sejak 28 Disember 2023 lalu.

Ditanya mengenai perkembangan terkini tentang dirinya, Dato’ Sri Alha Alfa berkata, “Alhamdulillah diatas kelahiran single duet ini bersama Zara Zya, selain sedang sibuk dengan persiapan menjelang AJL38 (Anugerah Juara Lagu ke-38) tidak lama lagi, persiapan diri, termasuk jugapelancaran produk terbaharu jenama Alha Alfa.

Single CINTA AGUNG yang yang dilancarkan kira-kira dua bulan lalu sudah pun memperoleh hampir 110,000 tontonan di YouTube, kongsi Dato’ Sri dalam nada penuh keterujaan, “Syukur diatas sambutan yang amat baik oleh pendengar, rata-rata memberikan komen yang positif kerana mereka sukakan karya daripada kami berdua yang bukannya dari kalangan penyanyi profesional tetapi saya yakin lagu ini mampu memberi ketenangan dan semangat buat halwa telinga orang yang mendengarnya.

“Diantara komen yang saya terima adalah lagu ini memberi pengajaran serta semangat, terutama buat mereka yang berada dalam perhubungan untuk menyayangi serta mencintai seseorang bahawa tiada kesempurnaan dalam percintaan.

Selain single, Dato’ Sri juga aktif menceburkan diri dalam bidang seni seperti nyanyian, sekadar ingin mencuba nasib, beliau sememangnya mempunyai bakat seni yang semula jadi, dan lagu ini mempunyai maksud yang istimewa buat dirinya sendiri, tambah Dato’ Sri lagi, “Dalam hidup pasti akan ada orang lain yang menyayangi kita dalam diam dan tiada cinta yang sempurna melainkan cinta yang Maha Agung.

“Cinta saya kepada Zara Zya hanyalah sebagai sahabat baik kerana kami mengenali hati budi masing-masing selain menghargai bakat yang dikurniakan oleh Tuhan, lagu ini akan kami simpan sebagai kenangan untuk masa depan kami berdua, dan mungkin dengan cara ini kami lebih menghargai hubungan persaudaraan ini.

Lagu ‘CINTA AGUNG’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala video muzik single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Alha Alfa.

Akhiri Dato’ Sri: “Saya berharap agar lebih ramai yang mendengar dan menyokong lagu ini, semoga ia memberi impak yang baik pada diri, dan sentiasalah bersemangat untuk meneruskan kehidupan cinta kita semua.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat