HONOR Mengumumkan Ketibaan HONOR Magic6 Pro di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 1 Mac 2024 – HONOR Magic6 Pro akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi, selepas pelancaran di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024, baru-baru ini. Bagi menyemarakkan keterujaan di kalangan pengguna Malaysia, HONOR Magic6 Pro membawa peningkatan dalam fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna dikuasakan Kecerdasan Buatan (AI).

HONOR Magic6 Pro telah mencatatkan tiga rekod DXOMARK untuk kategori Paparan, Bateri dan Swafoto, mengatasi pesaing terkemuka Samsung, Apple dan Google Pixel. Peranti berprestij ini mendapat markah 157 dalam kategori Bateri, mengatasi Oppo Find X6 Pro. Dalam kategori Paparan pula, HONOR Magic6 Pro mendapat markah 157, mengatasi Samsung Galaxy S24 Ultra dan Google Pixel 8 Pro yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Peranti flagship ini juga mendapat kedudukan kedua dalam kategori Audio. Hebatnya, HONOR Magic6 Pro menerima penarafan ‘Gold’ dalam semua kategori ini, sekaligus menyerlahkan kecemerlangan peranti ini secara menyeluruh.

Ketika HONOR Magic5 Pro dikeluarkan tahun lalu, ia menerima sambutan hangat oleh pengguna di Malaysia, menjadikan Siri Magic antara peranti HONOR yang mendapat permintaan tertinggi, Berikut ciri tercanggih yang ditawarkan dalam HONOR Magic6 Pro.

Fotografi Magis dengan Sistem Kamera Falcon Berkuasa AI HONOR

HONOR Magic6 Pro dilengkapi Sistem Kamera Falcon HONOR untuk menangkap objek pantas dengan lebih jelas dan menghasilkan gambar dalam definisi ultra-tinggi. Sistem kamera ini dikuasakan dengan AI yang mempunyai pangkalan data 28 kali ganda lebih besar dari generasi sebelumnya. Sistem kamera ini lebih canggih dari generasi sebelumnya dan mampu menangkap pelbagai aktiviti bersukan seperti melompat, menari dan seni bela diri. 

HONOR Magic6 Pro didatangi Sistem Kamera Tele-falcon 180MP hebat (f/2.6, OIS) dengan zoom optik 2.5X dan zoom digital sehingga 100X. Peranti ini mempunyai Kamera Ultra Lebar 50MP (f/2.0, EIS) dan Kamera Utama 50MP berkuasa dengan keupayaan apertur berubah (f/1.4 dan f/2.0, OIS), untuk menangkap momen pantas dengan kejelasan yang terbaik. 

Paparan Magis dengan Pelindungan HONOR NanoCrystal 

Peranti ini mengetengahkan kaca skrin paling tahan jatuh dalam industri setakat ini, sekaligus menetapkan piawaian baharu untuk rintangan jatuh paparan. Skrin HONOR Magic6 Pro menerima pengesahan pensijilan Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability SGS untuk pelbagai senario. Paparan HONOR Magic6 Pro dihasilkan daripada material canggih dengan penambahbaikan 50% dalam ketumpatan kristal. Peningkatan ini menghasilkan keupayaan penyerapan hentakan sehingga 10 kali ganda lebih besar berbanding kaca biasa.

Dari segi penjagaan mata, HONOR Magic6 Pro mempunyai Paparan Keselesaan Mata LTPO Kuasa Rendah Semua Julat 6.8-inci, Pemalapan PWM 4320Hz yang tertinggi dalam industri, Pemalapan Dinamik, Paparan Malam Sirkadia Boleh Disesuaikan dan ciri Nada Alam Semula Jadi.

Keajaiban Bateri dengan Bateri Karbon Silikon Generasi Kedua HONOR dan cipset HONOR E1

HONOR Magic6 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 3 yang membawakan peningkatan 30% dalam prestasi CPU dan 25% dalam prestasi GPU.  Enjin AI Qualcomm® melancarkan dan menstabilkan ciri AI dalam HONOR Magic6 Pro, seterusnya mencapai peningkatan 98% berbanding model sebelumnya. Cipset ini memberikan pengalaman permainan menakjubkan dengan kecekapan bateri selain dilengkapi kecanggihan yang mentakrifkan prestasi berkuasa.

Bateri silikon karbon 5,600 mAh ini diinspirasikan oleh kenderaan elektrik dan berprestasi sangat baik pada suhu rendah, membolehkan pengguna memainkan video selama 81 minit pada -20°C dengan hanya tinggal 10% bateri. Dengan 80W HONOR Wired SuperCharge dan 66W HONOR Wireless SuperCharge, HONOR Magic6 Pro boleh mengecas sehingga 100% dalam masa 40 minit.

Temui Keajaiban AI dengan HONOR Magic6 Pro

Selaras dengan komitmen HONOR terhadap inovasi berpusatkan manusia, syarikat ini telah memperkenalkan MagicOS 8.0, versi terkini sistem pengendalian berasaskan Android. Keluaran ini menggabungkan AI tahap platform HONOR yang diperkasa sepenuhnya dan menampilkan UI berasaskan niat yang pertama dalam industri.

Ciri Magic Portal pada HONOR Magic6 Pro menampilkan AI yang memahami mesej dan tingkah laku pengguna. Ciri ini memudahkan tugas yang rumit menjadi satu langkah sahaja. Sebagai contoh, Magic Portal segera mengenali alamat dalam mesej teks dan mengarahkan pengguna ke Google Map untuk navigasi mudah. Bagi media sosial seperti TikTok dan Facebook, Magic Portal juga memudahkan akses dan perkongsian maklumat. Pengguna boleh menghantar butiran tempahan atau carian online dengan seret yang mudah. Selain itu, Magic Portal meningkatkan pengalaman membeli-belah dengan membawa pengguna ke platform untuk mencari dan membeli barang yang diingini. Inilah masanya untuk membeli-belah!

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic6 Pro, layari https://www.hihonor.com/my/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat