Tiada kerahan, peserta yang datang KEB 2024 berkualiti – Asyraf

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kehadiran peserta Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 adalah organik kerana tiada kerahan kepada mana-mana pihak.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjawab kritikan kononnya kehadiran KEB 2024 ‘hambar’.

Asyraf menjelaskan, kehadiran peserta KEB 2024 adalah melebihi jangkaan sasaran.

“Kita jangkakan 3,000 kehadiran. Tapi sebenarnya melebihi 3,000. Dewan (PICC) ini boleh muat hingga 5,000. Peringkat awal nak buat di PWTC.

“Tapi Alhamdulillah, kehadiran. Apa yang penting ialah quality participants.

“Mereka yang datang ialah dari Dewan Perniagaan. Tak ada kerahan mana-mana pihak. Mereka ni organik.

“Bahkan yang datang tu beri respon yang amat positif,” katanya ketika ditemui media di KEB 2024 pada Jumaat.

Asyraf memaklumkan majoriti jemputan di kalangan variasi Dewan Perniagaan dan Kesatuan Peniaga juga hanya sebahagian kehadiran pemimpin utama parti.

Ada cakap-cakap di media sosial mengkritik kehadiran KEB 2024 yang didakwa ‘kurang meriah’.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat