Miliki produktiviti terbaik

- Advertisement -

PASCA pandemik Covid-19, kehidupan pada hari ini sudah jauh berubah apabila kebanyakan tugasan dilaksanakan secara maya tanpa mengira tempat.

Untuk itu, MSI menawarkan dua produk sesuai untuk memenuhi tugasan produktiviti harian daripada set desktop sehingga kepada komputer semua dalam satu (AIO).

Walaupun MSI sememangnya terkenal dengan jenama kelas permainan yang menawarkan kualiti premium, namun kali ini jenama berkenaan menawarkan set desktop untuk produktiviti.

Pada kali ini, MSI menawarkan dua produk terbaharunya iaitu PRO DP21 Series iaitu desktop bersaiz mini dan skrin paparan berprestasi Summit MS321UP.

Bagi desktop PRO DP21 Series, ia hanya mempunya ketinggia sekitar 204 milimeter saja sekali gus sesuai diletakkan di mana saja mengikut selera pengguna.

Menyentuh aspek spesifikasinya, desktop mini ini menawarkan tiga variasi pemproses iaitu Intel Core i3 sehingga kepada i7 Generasi Ke-11 bersama-sama penawaran perkakas lain.

Untuk storan pula, desktop ini disediakan dengan satu M.2 SSD bersama-sama dua ruang cakera keras konvensional 2.5 inci.

Pengguna boleh melakukan tetapan keupayaan memori (RAM) sehingga 64GB daripada binaan SO-DIMMs dengan frekuensi 2666MHz atau 3200MHz DDR4.

 

PADANAN set desktop dan skrin paparan daripada MSI memberikan keupayaan prestasi yang terbaik.
PADANAN set desktop dan skrin paparan daripada MSI memberikan keupayaan prestasi yang terbaik.

 

Desktop mini daripada PRO DP21 Series ini mampu untuk melancarkan sebarang tugasan produktiviti sekali gus pengguna dapat memenuhi tuntutan tugas di rumah tanpa masalah.

Selain daripada desktop mini berkenaan, MSI turut menawarkan skrin paparan Summit MS321UP yang didatangkan dengan panel IPS bersaiz 32 inci.

Skrin paparan ini menggunakan resolusi 4K Definisi Ultra Tinggi (UHD) dan bacaan warna direkodkan pada DCI-P3 sebanyak 05 peratus.

Untuk memenuhi keperluan pengguna, skrin paparan ini mampu untuk bergerak secara ‘swivel’ pada 35 darjah, pergerakan ’tilting’ pada -5 hingga 20 darjah dan pelarasan ketinggian antara 0 hingga 100 milimeter mengikut kesesuaian pengguna.

Paling menarik, skrin paparan ini didatangkan dengan pembaca kad dengan format SD, SDHC dan SDXC yang diletakkan di bahagian tepi skrin sekali gus memudahkan pengguna.

Pengguna juga tidak perlu bimbang dengan tempoh penggunaan skrin paparan yang lama kerana ia dilengkapi dengan MSI Eye Care sekali gus menjaga kesihatan mata.

Secara keseluruhannya, kedua-dua produk berkenaan adalah padanan produktiviti yang terbaik buat pengguna.

Spesifikasi serta perkakas yang ditawarkan mampu untuk melaksanakan sebarang tugas tanpa masalah.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat