Wisma Putra Tak Usik Stok Perubatan KKM, NADMA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bangga dengan inisiatif Malaysia’s Diplomatic Equipment Stockpile (MDES) yang dimulakan sejak 30 Mac 2020.

Katanya, langkah ini penting mendepani pandemik global Covid-19.

“Masa mula-mula masuk Wisma Putra, Malaysia’s Diplomatic Equipment Stockpile (MDES) antara inisiatif terawal saya cadang untuk dilaksanakan.

“Saya mahu petugas Malaysia Wisma Putra di serata dunia ada peralatan perubatan mencukupi. Saya taknak ganggu stok KKM dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) . Itu frontliners dalam negara lebih perlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berbesar hati dengan usaha rintis berkenaan.

“Alhamdulillah, sejak dilancarkan banyak pihak sumbang peralatan perubatan kepada MDES sekaligus terus bermanfaat sehingga hari ini.

“Tadi saya sendiri sampaikan face mask, PPE, hand sanitiser, dan alat pengimbas suhu yang dilengkapi mesin hand sanitizer automatik kepada High Commission of Malaysia, Bandar Seri Begawan.

“Kepada yang mungkin tertanya-tanya, kenapa kami tak pakai face mask di Brunei pakai face mask tidak lagi menjadi SOP susulan tiada kes jangkitan baru Covid-19 di sini sejak 200 lebih hari lepas,” beritahu beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat