Zahid gesa jentera ‘all-out’ guna media sosial tepis dakyah lawan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa jentera UMNO/Barisan Nasional (BN) ‘all out’ memanfaatkan media sosial dalam mendepani pilihan raya umum akan datang.

“Ini kali kita ‘all out’.

“UMNO/BN mungkin tiada peruntukkan khusus sehingga lebih RM40 juta untuk tujuan itu.

“Saya yakin dengan keikhlasan dan semangat perjuangan seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN kita mampu,” seru Zahid dalam kenyataan media hari ini.

Mengimbas peristiwa pilihan raya lalu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, UMNO/BN sedar antara punca gabungan parti itu tewas PRU14 pada 9 Mei 2018 disebabkan pengaruh media sosial.

Ujarnya, media sosial telah dipergunakan seguna-gunanya oleh lawan sebagai senjata memfitnah dan memburuk-burukkan UMNO/BN.

“Serangan ke atas UMNO/BN secara atas talian telah pun bermula seawal ledakan internet di Malaysia.

“Bermula dengan emel berantai dan kemudian kewujudan SMS menjadi saluran utama menyerang BN saban hari.

“Tetapi saya yakin rakyat Malaysia hari ini semakin bijak dalam menilai pelbagai dakyah yang disalurkan kepada mereka di media sosial.

“Mereka sudah boleh tahu dan mula berkira-kira antara fakta dan dusta, pembohongan dan kebenaran,” tegas beliau.

Namun katanya beliau tetap menyeru seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN tidak lagi berdiam diri dan berlengah.

“Kita perlu memanfaatkan media sosial sebagai platform menyalurkan maklumat yang tepat tentang UMNO/BN.

“Memperkasakan parti keramat ini dengan fakta dan kebenaran, mencantas kebatilan dan tipu daya pada kos paling minima. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat