Ekonomi akan terus dibuka, namun kawalan pergerakan masih perlu – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu aktiviti ekonomi akan terus dibuka tertakluk kepada amalan penjarakan sosial serta prosedur operasi standard ( SOP) yang ketat.

Beliau berkata demikian pada majlis amanat setahun Malaysia Prihatin yang diadakan di Putrajaya hari ini.

“Penguatkuasaan SOP akan dipertingkatkan. Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang didapati tidak mematuhi SOP bagi memastikan aktiviti ekonomi dan mata pencarian untuk majoriti rakyat dan perniagaan dapat kekal dibuka dan diteruskan.

“Walaupun aktiviti ekonomi akan dibuka, kawalan pergerakan masih diperlukan termasuk kawalan sempadan antarabangsa, kawalan pergerakan merentasi negeri dan juga aktiviti sosial dan perniagaan di mana penjarakan sosial tidak dapat diamalkan.

“Pembukaan aktiviti seumpama ini hanya dapat dilaksanakan setelah pelaksanaan imunisasi mencapai tahap tertentu dari segi liputan rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat